Foto : Zarraz Paramedical
Mari kita berkenalan dengan pengasas Produk Zarraz Paramedical iaitu Datin Ima Zara atau nama penuh beliau ialah Datin Fatimatul Zaharah binti Abdul Mazlan dari segi kelayakan profesional beliau. Beliau pernah mendapat pendidikan di Kolej Clara International Academy Beauty (Case Studies & Aesthetition) dan seterusnya beliau melanjutkan lagi pembelajarannya dalam bidang kecantikan. Diantaranya ialah CIDESCO Diploma (Cidesco Committee Int D'Esthetique Et De Cosmeologie), UK Cibtac Diploma (Confederation of International Beauty Therapy & Cosmetology) dan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan).
Datin Ima Zarraz juga berpengalaman sebagai perunding kecantikan bagi syarikat pengeluar produk COSMODERM yang tidak asing lagi di negara kita. Oleh kerana minat dan latar belakangnya dalam bidang kecantikan, beliau memulakan perniagaan sendiri dengan mengusahakan spa kecantikan dan pada tahun 2010 beliau berjaya mengeluarkan produk sendiri dibawah nama Ima Zara. Produk yang dihasilkan khusus untuk penjagaan kulit.
Dalam masa 3 tahun beliau bertungkus lumus dalam bidang yang diminati, beliau berjaya meraih pendapatan bersih sebanyak RM 100,000.00 dengan bermodalkan RM 2,000.oo sahaja. Dari situ beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan terus maju ke depan sehinggakan pada Jun 2012 dengan rasminya produk Zarraz Paramedical dilahirkan.
![]() |
| Datin Ima Zara bersama bondanya Dr Suraya Ariffin (Pakar Homeopati) |


No comments:
Post a Comment