Foto : Zarraz Paramedical / Google
Terdapat 14 kesalahan penjagaan wajah yang telah disenaraikan. Sepertimana yang tersenarai dibawah.
1. Apabila solekan yang kita pakai terdedah dengan kotoran dan tersumbat dengan minyak muka, maka pori liang roma akan tersumbat dan jerawat akan timbul.
2. Tidak menggunakan sun block setiap hari dan ini akan menyebabkan sinar matahari dan kekotoran terus kena pada kulit muka tanpa tapisan.
3. Suka menyentuh muka dan memicit jerawat dengan jari dan ini akan menyebabkan muncul parut hitam dan jerawat kecil akan tumbuh kerana dibawah kuku ada bakteria yang paling merbahaya dan jari kita tidak semestinya bersih sentiasa.
4. Terlalu kerap mencuci muka juga akan menyebabkan lapisan kulit kita menjadi rosak dan mengakibatkan kulit menjadi terlalu kering atau terlalu berminyak.
5. Mencuci muka dengan sabun mandi. Tidak sesuai kerana kandungan pH dalam sabun mandi berbeza dan akan menarik kelembapan kulit.
6. Menghentikan produk penjagaan jerawat secara mengejut. Ini akan mengakibatkan jerawat akan tumbuh semula.
7. Mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak.
8. Menggosok muka dengan terlalu keras akan menyebabkan kulit akan rosak.
9. Tersilap memakai masker wajah kerana ianya mengikut jenis kulit. Kenali dulu kulit anda sebelum memakai masker.
Masker krim - Kulit berjeragat dan kering
Masker gel - Kulit nipis dan sensitif
Masker serbuk adalah yang terbaik untuk semua jenis kulit tetapi ada penjenisannya.
10. Kurang minum air putih kerana air mengandungi oksigen dan minerel yang boleh melembapkan kulit dan jadi lebih awet muda.
11. Menggosok kulit dengan scrub secara berlebihan. Nipiskan kulit.
12. Mendapatkan rawatan wajah yang salah dispa. Contoh, steamer panas tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat dan cara pemicitan jerawat yang salah menyebabkan meninggalkan parut yang hitam.
13. Menggunakan produk yang kurang tepat seperti memakai pencuci muka yang banyak buih bagi orang yang mempuyai masaalah kulit kering, ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.
14 . Menggunakan whitening skin care, terlalu inginkan wajah yang putih maka pengelupasan akan terjadi dalam jangkamasa panjang akan merosakkan kulit dan ini memerlukan penjagaan yang lebih rumit.










