Beauty is responbility

Beauty is responbility

Wednesday, 30 March 2016

14 Kesalahan Penjagaan Wajah

Teks : Zarraz Paramedical
Foto : Zarraz Paramedical / Google

Terdapat 14 kesalahan penjagaan wajah yang telah disenaraikan.  Sepertimana yang tersenarai dibawah.

1. Apabila solekan yang kita pakai terdedah dengan kotoran dan tersumbat dengan minyak muka, maka pori liang roma akan tersumbat dan jerawat akan timbul.

2. Tidak menggunakan sun block setiap hari dan ini akan menyebabkan sinar matahari dan kekotoran terus kena pada kulit muka tanpa tapisan.



3. Suka menyentuh muka dan memicit jerawat dengan jari dan ini akan menyebabkan muncul parut hitam dan jerawat kecil akan tumbuh kerana dibawah kuku ada bakteria yang paling merbahaya dan jari kita tidak semestinya bersih sentiasa.

4. Terlalu kerap mencuci muka juga akan menyebabkan lapisan kulit kita menjadi rosak dan mengakibatkan kulit menjadi terlalu kering atau terlalu berminyak.

5. Mencuci muka dengan sabun mandi. Tidak sesuai kerana kandungan pH dalam sabun mandi berbeza dan akan menarik kelembapan kulit.

6. Menghentikan produk penjagaan jerawat secara mengejut. Ini akan mengakibatkan jerawat akan tumbuh semula.

7. Mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak.



8. Menggosok muka dengan terlalu keras akan menyebabkan kulit akan rosak.

9. Tersilap memakai masker wajah kerana ianya mengikut jenis kulit. Kenali dulu kulit anda sebelum memakai masker.
Masker krim - Kulit berjeragat dan kering
Masker gel - Kulit nipis dan sensitif
Masker serbuk adalah yang terbaik untuk semua jenis kulit tetapi ada penjenisannya.

10. Kurang minum air putih kerana air mengandungi oksigen dan minerel yang boleh melembapkan kulit dan jadi lebih awet muda.



11. Menggosok kulit dengan scrub secara berlebihan. Nipiskan kulit.

12. Mendapatkan rawatan wajah yang salah dispa. Contoh, steamer panas tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat dan cara pemicitan jerawat yang salah menyebabkan meninggalkan parut yang hitam.

13. Menggunakan produk yang kurang tepat seperti memakai pencuci muka yang banyak buih bagi orang yang mempuyai masaalah kulit kering, ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.

14 . Menggunakan whitening skin care, terlalu inginkan wajah yang putih maka pengelupasan akan terjadi dalam jangkamasa panjang akan merosakkan kulit dan ini memerlukan penjagaan yang lebih rumit. 

Monday, 28 March 2016

Mengapa produk Zarraz Paramedical tidak dijual di farmasi atau toko jamu

Teks : zarraz paramedical
Foto : zarraz paramedical

Ramai yang bertanya soalan seperti diatas dan mereka berpendapat jika produk ada terjual ditempat-tempat awam seperti di Watson, Guardian, farmasi atau di toko jamu akan memudahkan mereka mendapatkan produk tersebut.

Perkara ini tidak dinafikan.  Jika saya sebagai pembeli pun akan berpendapat sebegitu juga.  Tetapi harus diingat, jika anda membeli ditempat terbuka seperti itu, adakah anda akan mendapat nasihat secara peribadi dari pakar yang bertauliah atau mendapat nasihat secara follow up sehingga masaalah anda selesai sepenuhnya.

Secara tepatnya, produk zarraz ini adalah produk ekslusif spa yang bersifat paramedic dan ia hanya digunakan di spa dan terbukti berkesan secara klinikal.  Sebelum mengguna produk zarraz, jenis kulit bakal pengguna akan dikelaskan terlebih dahulu dan nasihat serta produk yang bersesuaian akan dicadangkan kepada bakal pengguna tersebut.

Untuk membeli produk dimana-mana atau apa-apa jenis produk tidak menjadi kesalahan.  Cuma jangan tersilap pilih sebab kita tidak dinasihatkan oleh pakar yang bertauliah.  Silap pilih akan membazir.  

Pernah atau tidak, anda bertanya pada pekerja kedai tentang produk yang bersesuaian dengan kulit anda dengan harapan mendapat nasihat yang betul tetapi anda ditanya kembali, "sebelum ni akak pakai produk apa" atau "saya tak pasti tapi jenama x ini yang paling ramai orang beli". Disebabkan teruja, kita terus membeli tanpa berfikir.  Bila pakai, tidak sesuai. Akhirnya masuk tong sampah. 

Pengasas, Datin Ima Zara bersama artis Anzalna


Sunday, 27 March 2016

Merawat kulit yang rosak

Teks : zarraz paramedical
Foto : zarraz paramedical

Anda ada masaalah berkenaan kulit muka dan badan?  Rasa malu dan sedih?  Tiada keyakinan diri? 
Jangan risau, kami akan cuba membantu walaupun anda mempunyai masaalah kulit yang kronik kerana produk ini bukan produk skincare yang biasa kerana ia merawat untuk kulit dan memperbaharui kulit setiap hari. 

Antara kelebihan produk Zarraz Paramedical ialah
  •  Merawat masaalah jerawat, parut dan jeragat
  •  Merawat masaalah kulit yang berminyak berlebihan
  •  Merawat masaalah kulit kering dan kusam  
  •  Menanggalkan bintik-bintk hitam pada kulit
  •  Merawat kulit hypersensitif dan kombinasi
  •  Merawat kulit pigmentasi dan melasma
  •  Melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB



Bahan-bahan semulajadi dalam produk

Teks : zarraz paramedical
Foto : Zarraz Paramedical

Sebelum memperkenalkan produk zarraz paramedical, mari kita berkenalan dulu dengan isi kandung bahan-bahan yang terdapat dalam produk ini. 

1) Daripada alam semulajadi

Bahan-bahan dalam produk Zarraz Paramedical diperbuat daripada alam semulajadi diantaranya peppermint dan rosemary dengan gred yang tertinggi.  Begitu juga dengan apple malus domestica beserta kologen yang dapat mengurangkan kedutan dan garis halus dan tebal supaya menjadi lebih lembut, muda dan sekata. 

Peppermint dan rosemary
2) Bersifat paramedic

Perlu diingatkan bahawa produk zarraz paramedical berfungsi merawat kulit-kulit yang telah rosak dan ianya bukan seperti produk skincare yang biasa kerana setiap kali anda menggunakanya, anda pasti merasakan seolah-olah anda membuat rawatan dispa.


3) Teknologi nano

Produk zarraz paramedical menggunakan teknologi nano sehingga menghasilkan molekul-molekul yang sangat halus dan mudah meresap ke dalam kulit.  


Jadual pengkelasan jenis kulit

Teks : Zarraz Paramedical
Foto : Zarraz Paramedical


Sebelum memakai produk Zarraz Paramedical, mari kenali kulit muka kita dulu.  Dengan cara ini, kita tidak akan membazir dengan membeli produk yang tidak bersesuaian dengan kulit kita.  Bolehla merujuk jadual diatas untuk menentukan jenis kulit kita.  Jika tidak pasti, anda boleh merujuk kepada saya bila-bila masa sahaja.

Pengasas Zarraz Paramedical - Datin Ima Zara

Teks : Zarraz Paramedical
Foto : Zarraz Paramedical


Mari kita berkenalan dengan pengasas Produk Zarraz Paramedical iaitu Datin Ima Zara atau nama penuh beliau ialah Datin Fatimatul Zaharah binti Abdul Mazlan dari segi kelayakan profesional beliau.  Beliau pernah mendapat pendidikan di Kolej Clara International Academy Beauty (Case Studies & Aesthetition) dan seterusnya beliau melanjutkan lagi pembelajarannya dalam bidang kecantikan.  Diantaranya ialah CIDESCO Diploma (Cidesco Committee Int D'Esthetique Et De Cosmeologie), UK Cibtac Diploma (Confederation of International Beauty Therapy & Cosmetology) dan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan).

Datin Ima Zarraz juga berpengalaman sebagai perunding kecantikan bagi syarikat pengeluar produk COSMODERM yang tidak asing lagi di negara kita.  Oleh kerana minat dan latar belakangnya dalam bidang kecantikan, beliau memulakan perniagaan sendiri dengan mengusahakan spa kecantikan dan pada tahun 2010 beliau berjaya mengeluarkan produk sendiri dibawah nama Ima Zara.  Produk yang dihasilkan khusus untuk penjagaan kulit.                                                                                                                                                                                                                                                                                   
Dalam masa 3 tahun beliau bertungkus lumus dalam bidang yang diminati, beliau berjaya meraih pendapatan bersih sebanyak RM 100,000.00 dengan bermodalkan RM 2,000.oo sahaja.  Dari situ beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan terus maju ke depan sehinggakan pada Jun 2012 dengan rasminya produk Zarraz Paramedical dilahirkan.                                                                                                                                                                                
Datin Ima Zara bersama bondanya Dr Suraya Ariffin (Pakar Homeopati)

Kelulusan yang diperolehi bagi produk Zarraz Paramedical

Teks : Zarraz Paramedical
Foto : Zarraz Paramedical





Kelulusan yang diperolehi bagi produk Zarraz Paramedical.  Jangan ragu-ragu dan risau tentang kebenaran produk ini.  Anda tidak perlu buang masa untuk membuat penyelidikan tentang produk ini kerana ianya telah pun tersedia untuk anda.